top of page

CAR BOOT SALE


Kolej Sultan Azlan Shah, UPSI - Pada 19 & 20 Oktober 2019 (Sabtu & Ahad)

telah berlangsungnya program jualan dari but kereta atau lebih dikenali sebagai Car Boot Sale anjuran Exco Keusahawanan Persatuan Komunikasi di Tapak Parkir Pusat Islam, UPSI. Aktiviti jualan terus dari but kenderaan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, khususnya bagi mereka yang mahu menambah pendapatan keluarga atau peribadi menerusi perniagaan pelbagai barangan secara santai dan menyeronokkan.


Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyediakan platform bagi para pelajar dan penduduk sekitar Tanjung Malim untuk berniaga. Setiap individu berpeluang menjalankan perniagaan sama ada besar atau kecil walaupun keuntungan tidak sebesar bisnes besar,namun ianya juga boleh memberikan wang. Tambahan pula, Dunia yang luas dan penuh kemudahan pada masa kini perlu diambil peluang oleh setiap individu untuk melakukan pelbagai jenis perniagaan termasuklah Car Boot Sale.


Sambutan program ini sangat memberangsangkan kerana lebih kurang 8 buah kenderaan dari pelajar fakulti yang berbeza turut serta dalam Program Car Boot Sale ini. Program ini turutdibahagikan kepada 2 sesi iaitu :


8:00 pagi - 5:00 petang (Sesi Pagi)

8:00 malam- 10:00 malam (Sesi Malam)



Jualan juga dilihat meriah dengan kehadiran pelanggan dari kalangan pelajar UPSI. Berbagai jenis makanan dan minuman yang dijual seperti Nasi 3 Suara, Nasi Ayam, Char Kuey Teow, Slushies and Frushies, Chocolate Moist Cake. Tidak ketinggalan juga dengan pakaian, kasut sukan dan buku-buku ilmiah yang turut dijual oleh para peniaga di sana.


Tahniah diucapkan kepada Exco Keusahawanan dari Persatuan Komunikasi. Diharapkan agar program ini dan seumpanya dapat diteruskan bagi memberikan ruang kepada para pelajar UPSI dan penduduk sekitar Tanjung Malim untuk terus berniaga dan meluaskan aktiviti perniagaan mereka. Perniagaan kecil turut terbukti boleh mendatangkan keuntungan dan wang jika dilakukan dengan betul dan terancang.





184 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page