top of page
TM FACE LIVE
"Suara Siswa Milennia"
36865653_194377931253573_358297500238059
38097408_735687773439543_367312543391573
Juruhebah terawal TMFaceLive: Fatin, Atikah, Aini, Aiman, Ammar dan Azrul

TMFaceLive atau TMFL adalah program Radio pertama di UPSI yang menggunakan laman Facebook sebagai platform penyiarannya.  Objektif  utama konti radio ini adalah untuk memberi nilai tambah kepada para pelajar Program Komunikasi Sosial dan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi beberapa kursus yang diajarkan oleh para pensyarah Unit Komunikasi dan Media.  Idea penubuhan TMFL ini adalah juga selaras dengan kehendak UPSI yang mahu mempelbagaikan aktiviti akademik melalui penggunaan smart classroom/smart studio.  TMFaceLive bermula pada 9 Julai 2018 dengan menampilkan enam penyampai yang terdiri daripada pelajar latihan industri dalam jurusan Komunikasi Sosial UPSI.  Konti ini diuruskan oleh En. Khairul Azam Bahari, pensyarah komunikasi merangkap penerbit program. TMFL bercirikan radio hibrid yang menggabungkan elemen radio dan video yang disiarkan secara langsung di Facebook.  Ini bererti pendengar boleh menonton secara terus aksi siswa yang bertugas sebagai juruhebah TMFL.    

TMFaceLive dicetuskan daripada gabungan makna yang membawa erti berikut: 

TM adalah singkatan kepada Teman Mahasiswa yang menjadi peneman kepada mahasiswa. TM juga membawa nama Tanjung Malim yang menjadi tempat kelahiran TMFaceLive.  Manakala Taman Muallim pula bermaksud tempat ilmu dikongsikan.

'Face' pula adalah wajah, iaitu wajah mahasiswa dan wajah Muallim, suatu gambaran kehidupan mahasiswa dan masyarakat di Tanjung Malim dan seluruh daerah Muallim.

'Face' juga adalah singkatan kepada 'Fun', 'Accurate', 'Current' dan 'Educating' yang menjadi asas kepada pembentukan TMFaceLive.

'FaceLive' adalah siaran langsung melalui platform laman Facebook yang dapat ditonton oleh seluruh warga maya walau di mana sahaja mereka berada.

Adalah diharapkan penubuhan TMFaceLive dapat menjadi hub atau pusat kepada penyebaran maklumat dan perkongsian idea dan berita yang dapat memberi manfaat kepada pendengarnya.

bottom of page